21.6.13

Hari ini dalam sejarah ELC

terukir sudah sejarah hitam di English Language Centre arini pabila

cik sarah baharudin bergadoh sama HOD dan top management.

al-kesah nya begini.

tengah bes bes aku bikin kerja sesorang di cubicle bila shamala datang. kata nya nak aku key in smua markah student dalam masa 2 hari. okeh. dateline lagi 2 minggu. student aku ada dalam 200. satu budak 5 assessment. hotak lu.

aku dengan muka dek pun terang lah. aku dah siap smua assessment melainkan assignment. dah lah 200 student. assignment plak esei dengan research paper. kene baca. mungkin tak sempat. tapi akan diusahakan.

muka bos aku dah lain. dia cakap kalu aku tak siap gak. aku kene jawap dengan dato' dan tulis report. aku cakap lah. ok. kalu tak sempat gak. nak wat camne? aku akan tulis report dan jumpa dato'. kata 2 minggu dateline. apa kes tetibe nak dalam 2 hari. sukati mak pak deme je. 

lepas je aku cakap camtu. bos aku emosi. cakap jerit jerit. aku dengar je memula tapi lelama. bingit siot. las las aku menjawap. lepas aku menjawap. muka dia terkejut beruk kot. beruk terkejut pun tak sentap macam dia. terus dia bilang:

dia: i dont like the way u talking to me!
aku: really? i dont like the way u talking to me too.

aku cket pun tak naik suara. tapi lepas je aku sembur camtu. dia terus lari kuar opis. aku serius ingat dah settle. tup tup dia pi report kat top management. pundek tol lah. macam bebudak je. cket cket report. sental mulut dengan klorox baru tau.

dalam 20 minit kendian. aku dipanggil prof. ooi. juga warga top management.

berlaku lah sesi terang menerang situasi dari pelbagai pandangan. tapi serius. sepanjang sesi tadi. shamala memang talam abes. dengan aku cakap naik suara. pusing je kat ooi. cakap lembut gilas. serius rasa nak tampar laju laju. mulut jahat tahap syaitonirojim plak tuh.

bley plak main perli perli kasar. walhal aku kat tepi kot. bila aku mintak penerangan apsal cakap camtu. dia emosi bagai nak rak. prof ooi pun sama je. aku selalu dengar pasal sameon berdua ni. kata nya shamala anak berlian ooi. tapi aku macam tak caya sangat gosip liar.

sekali.. amekau. memang betul. aku bukan nak suruh dia back up aku tapi nampak sangat ketidakprofesionalan dia. siap ugut aku secara halus okeh. nasib aku cepat pick up. huhu. memula aku agak rileks. tapi lelama serius hangin. 

dan bermula lah sesi menjawap lagi sekali. gerenti ramai saran aku diam dan angguk tapi serius tak tahan weh. kalu boleh pijak. nak pijak sampai lunyai. mana bley camni. siap ungkit pasal kontrek bagai. hak elah. tak yah lah ungkit pasal kontrek. bahagian dia tak tertunai. nak ingatkan tanggungjawap kita plak. hak tuih. 

dalam 45 minit gak lah tadi. las las berhenti walau sampai sudah tak settle. masa aku nak kuar bilik. shamala meluru kuar dulu. bising nak mampus. jalan hempas kaki kot. nasib tak retak hallway. haha. 

dalam beberapa minit kendian. nithya bilang. ternampak shamala nangis di opis. aku rasa bersalah gak lah cket tapi hangin punya pasal. ah pedulik. 

kepada shamala dan prof ooi. pigi mampus lah.

No comments: