27.6.13

Konflik dan kenduri

lokasi: JPN Putrajaya
insan: sarah. nithya dan keluarga
sempena: perkahwinan abang nithya
mood: hepi ponteng kerja

patut nya aku duduk opis dediam. tapi memandangkan nithya tak reti ke putrajaya. aku dengan hati girang tawar diri mau jadi gps. kebetulan takda kelas. dah lah shamala masih emosi. gerenti dia tak cari aku punya lah. haha. 

amek peluang okeh.

dalam 0900 gak lah kami bertolak ke JPN. sampai je di sana. jumpa keluarga nithya. tak ramai dan smua pakat serius. hm. macam pelik. terutama bila abang dia nampak stress gila. loh. apa kes?

borak punya borak. rerupa nya banyak konflik. kahwin tak dapat restu rupa nya. ayah nithya, encik gopalan siap buang anak sebab mau kawen gadis kasta berbeza. pegh. serius macam cite tamil. harap takde nanyi tepi everest je. hehe.

dari tunggu giliran. ke masuk bilik perkahwinan. sampai angkat sumpah.

smua orang macam stress gila. melainkan aku. sebab aku orang luar. tapi lepas je tandatangan sijil nikah. pegh.. tetibe smua pakat senyum lebar. gelak tawa bagai. aku blur cket time neh. tapi menurut nithya. smua dah hepi. sebab ayah dia dah takle halang. dah sign sijil. ooooookay. camtu plak. 

lepas smua dah settle. bergambar cket. dan terus ke destinasi seterusnya. makan makan di serdang. aku serius excited. pantang dengar 'makan'. terus bersemangat. huhu. makan di restoran hindu. masa di kedai. femli nithya pakat borak dengan aku.

depa ingat aku hindu rupa nya. muka ada iras kata nya. bila aku pandai oder makanan hindu. lagi dieorang yakin aku hindu. haha. tak pepasal aku jadi topik hangat. pengantin siap datang interview aku kot. haish. sapa yang kawen neh? heh.

dalam jam 1500 gak lah baru pulang mantin. pape pun. aku gembira berjaya lari dari opis arini. dan ah dapat tengok kawen ala court. dapat makan sedap plak. pegh. today is a very good day indeed.

kepada pengantin. tahniah. 
kepada encik gopalan. dah dah lah tu. dah kawen pun. terima je lah. 
kepada keluarga nithya. terima kasih atas layanan mesra anda. 

lepas ni tunggu nithya plak kawen. yehaaa.

No comments: