27.11.08

Adoyai

ahad. 231108.

tadi tengahari, aku pegi anta kakak aku pegi hotel crown princess sebab dia ada seminar. disebabkan dia kene tido kat hotel tu 3 malam. aku pun kena la tido umah dia sorang-sorang. aku rasa macam bes je. dapat gak aku merasai kehidupan single woman kat kl. memang menarik. aku pun pakat la berangan sakan. bajet umah tu umah aku. keta kakak aku keta aku. disebabkan aku duduk sorang-sorang, ini antara aktiviti yang aku buat;

a) sesi melepak
aku agak busan la sebab duduk umah sorang-sorang. tv takde astro. dvd smua aku dah abes tengok. internet plak takde. jadi aku start keta, aku pi jalan-jalan. cari tempat menarik untuk melepak. abes semua tempat aku usha. pavilion. klcc. great eastern mall. ampang point. tapi aku lepak jj wangsamaju akhir nya. aku pun tak paham nape. dalam banyak-banyak tempat bes kat kl, wangsamaju gak jadi pilihan hati. hmm. tak sangka aku ni simple orang nye. ahaks. jadi, aku pun mulakan aktiviti melepak. tengok kedai. usha barang. tapi yang paling bes sekali, bila aku maen kat arcade. macam-macam ada tapi aku paling suka maen taiko drum master. berkat mainan tu, tangan aku dah kurang lemak. mekaseh. hmm.

b) sesi jalan-jalan cari makan
memandangkan umah kakak aku takde tong gas. aku tak bley masak. maka, terpaksa la aku kene beli makanan kat luar atau makan je kat luar. aku agak seronok sebab aku dapat makan benda yang dah berbulan aku ngidam. carls jr. yum. indah tol hidup ni. aku makan dengan slow-mo nye supaya burger tu tahan lama. baru puas hati kan? haa. pastu aku makan fondant & cream puff kat papa’s beard. pehh. nikmat gile. apsal la kedai tu takde kat kemaman. tsk. tapi takpe, yang penting, aku dah dapat satu dari 10 benda yang aku ngidam. aku seronok. huhu.

c) sesi mengemas rumah
pehh.. jangan main-main. aku punya la semangat kemas rumah. siap pinjam vacuum dari makcik aku tu. ye. aku tau. aku rajin yang amat. mekasih. aku vacuum satu umah. pastu aku tuka cadar smua. kendian, aku basuh semua baju kotor. lagi, aku basuh semua pinggan mangkuk smpi berkilat. em.. pastu aku susun buku dan lap smua benda yang boleh di lap. memang penat gak la tapi aku rasa puas hati sebab umah tu berkilat macam baru siap. nasib baik aku takde cat. kalu tak, abes satu umah aku cat baru.

tadi, kakak aku balik. sikit punya seronok la dia sebab umah dia bersih, berkilat. sapa tak seronok kan?. aku mula-mula ingat nak mintak upah tapi takpe la. anggap je la tu balasan sebab dia jaga makan minum aku sepanjang aku kat kl neh. hmm. tibe-tibe aku terasa sungguh mithali. tsk.

No comments: