16.11.08

Bergantung tak berwayar

Insiden Satu
kalu nak layan computer kat umah aku, korang mesti kene duduk bersila atas lantai. aku pun tak pernah ambil tau apsal mak dan bapak aku tak pernah beli meja computer. computer hanya diletak atas meja yang dimana kalu aku berdiri, setinggi tiga per empat betis aku saja. iya. agak rendah. bukan aku. meja. tapi memandangkan aku seorang yang agak positif, aku anggap semua ini mampu menghasilkan satu tabiat yang baik iaitu kemahiran duduk bersila dan bersimpuh dengan jayanya. aku sekarang ini boleh dikatakan tahap professional bila berkaitan duduk ala-ala tradisional.

ok, berbalik pada kisah tadi. aku tengah shiok layan adobe, tiba-tiba kaki aku kejang (cramp) plak. dammit. aku pun apa lagi? cuba la tuka kedudukan tapi aku tersepak meja tu la pulak. memang meja senget habis la. ok, ini bahagian yang aku rasa pelik:

aku tak tarik meja tu tapi aku terus tekan ctrl + z. semuanya dengan harapan meja akan berubah ke tempat asal secara automatic. tunggu punya tunggu. aku kecewa sendiri. memang lah. ntah hape-hape jer aku ni. tsk.

Insiden Dua
disebabkan aku tensen meja tak berubah tempat lepas aku tekan ctrl + z. aku turun tengok tv. astro. discovery channel. memang ilmiah habis la. tengah shiok layan ilmu-ilmu sains ni. aiseh.. dahaga la pulak. jadi, aku pi la minum air. kira aku terlepas 2-3 minit siaran la dan tanpa fikir panjang, aku dengan konfiden terus amek remote tekan rewind. aku kecewa buat kali kedua.

*****

bila aku pikir-pikir balik apa yang jadi tadi. aku rasa macam aku terlalu bergantung pada teknologi. nak ubah meja pun susah. mengharap keyboard yang akhirnya, aku kecewa dan malu sendiri. hm, padan muka aku.

Kesimpulan: aku harap ada orang cipta remote control macam dalam movie click

3 comments:

ainguzzle said...

haha. asal ko nalih meja ngn tekan keybod lak. lawak sial. kah3.






p/s: ko menulis cara sempoi. ok. aku pon baca ngan sempoi dan sedikit terhibur. (*wink)

ekey'z said...

hua hua hua..no wonder ko tensen ko nyer ilustration ilang..kini baru aku tau..hahahaha.

diana ghazali said...

sarah sarah. ko nih, lawak ar. terbayang-bayang plak muka ko blurr bile buat sume tu. hahaha...