17.11.08

Kebolehan menghafal skrip 10 filem tak bermakna kamu bijak

semalam aku tengok tv. astro. siaran melayu. aku pun tak pasti channel berapa tapi yang pasti, berkaitan temuramah artis-artis Malaysia la. bila aku teliti balik apa yang artis-artis kita jawap masa diajukan soklan, aku rasa macam nak hempuk-hempuk je kepala dieorang tu. memang terbukti artis malaysia ni takde kebolehan menjawap soklan dengan bijaksana. sadis. tragis.

dengan ini, aku nak cadangkan kat syarikat perfileman dan juga agen-agen artis Malaysia, tolong la anjurkan kelas tambahan untuk jawap soklan dengan bijaksana. yer la. dieorang tu artis. kalu orang macam aku takpe gak. jawap soklan bodoh pun bukan satu Malaysia tau pun.

betul tak?. terima kasih. ok. berbalik pada cerita aku. antara soklan yang tak dijawap dengan tepat :

soalan satu
wartawan : apa perasaan anda setelah memenangi anugerah ini?
artis : ini adalah hadiah saya buat peminat.

errr.. ok. mula-mula sekali. artis ni paham ke apa maksud perkataan perasaan? kalu artis tu jawap bosan pun aku boleh terima. bodoh.

soalan dua
wartawan : betul ke tidak awak berdua ada hubungan?
artis : no comment. kami berdua ni hanya kawan. kami memang selalu keluar berdua tapi kami hanya kawan rapat. bla bla bla

ok. wartawan tu tanya betul atau tidak. dia tak suruh buat ulasan pun. jawap betul atau tidak sudah la. satu lagi, bila dah cakap no comment. diam la lepas tu. ni tak, lepas cakap no comment, cakap sikit punya banyak. takkan perkataan no comment pun tak faham? watdefak. memang bodoh.

soalan tiga
wartawan : apa kelebihan album terbaru anda?
artis : ini adalah hadiah saya buat peminat.

ni satu lagi bangang. dia tanya kelebihan. isk. memang kurang bijak sungguh la. dia faham tak maksud hadiah? hadiah apa nye kalu peminat kena bayar kalu nak beli album dia. kalu hadiah, kasi la percuma. teramat bodoh.

*****

kesimpulan : sekiranya aku ada 3 TV, tak bermakna aku ada bakat berlakon.

4 comments:

ainguzzle said...

tu la diorang. belajar tak tinggi. (macam jahat je aku cakap cenggini).. huhu.. tapi tu d tujukan kepada artis yg sekerat jalan artis jer. yg da berjaya mencipta nama (bukan sebab gosip liar atau panas) takpela. congrats. tapi yg hangat hangat tahi ayam tu la. hampeh. mcm tade hala tuju. aku tabik artis yg berjaya (not necessarily ko kene dpt straight A's in SPM tapi ok la. tp u noe what i mean kan, sara. tgk ashton kutcher. amik kos farmasi tu. haa.. indonesia punyer artist pon ramai yg masuk u. ko masuk u belajar seni seni tari and watsoeva pon orait per.


p/s: 5 taun lepas, penah ada usul dikemukakan kepada kerajaan, syrat khas/ kuota khas utk artis belajar d ipta. (aku tak apsti secara formal atau borak-borak kosong). semestinye d rejek. (perlu ke?)

diana ghazali said...

oh.. bijak sungguh ko. Mmg btol pun mereka kurang bijak, tu pasal jawab camtu. itu soklan dlm BM, kalo kene speaking kang, tak tau ape plak jawapan. hahaha..

bak kata cik guzzle, tak payah la kuota tu. menyemak je. sedangkan yg layak pun nak tak nak je study. hahaha

Anonymous said...

wah...ko jd pengulas cite artis skrg ek..bley ganti nas ahmad lam melodi.segmen terjah....pastu klo dorg tu tak jwb ikt skema, ko ckp, ko tak phm soalan ker?amacam?bez x idea aku??

Anonymous said...

sumpah aku kene boikot dgn artis kalu aku jadi wartawan. haha. mulut laser tak pepasal. aiseh