13.11.11

H untuk Hatyai

insan: sarah. fatin
destinasi: hatyai, thailand
selama: 3 hari 2 malam
bajet kesuruhan: rm240

ikot hati. tak rela balik mesia lagi beb. nak je lepak hatyai sminggu dua lagi. tapi takle la kan?. mengenang nasib dwet di akaun. dengan pantas terus balik mesia tu. hm. dah tiba masa tuk cari kerja baru. baru bley ronda tanpa hati yang lara. hehe.

pape pun. hatyai memang best!. aku kasi tiga bintang setengah. *tepuk tepuk*. dah la murah. orang dia plak?. bukan setakat baik. amanah. sengih memanjang plak tu. uish.. memang menepati destinasi idaman tol la. terbaek!

ok. ok. dengan ini. saya mempersembahkan 'thailand - land of smile'.

sarah dan fatin. muka sembab nangis mau meninggalkan mesia. pegh. statement takle blah. abes patriotik la tu. hehe.

ha. ni la bunk bed kami. rm57 je. 13 jam perjalanan. shiok gilos. tido reramai. gila meriah. kalah zaman kemah dedolu kot. dah la ada tingkap dan tirai sendiri. memang smua kat coach tu gila jakun la. excited abes. haha.

aku dan katil. gila seronok masa ni. dah la serius empuk tilam dia. lena gila tido kot. tapi tak selena fatin la. tanjung malim dia lena. kat perlis baru jaga. berapa kali aku kene cek nadi. risau. haha. bukti kehebatan tilam ktm.

ok. ni permandangan pertama aku nampak masa bangun tido. lawa siot. dengan kabus nya. dah la sejuk. terus lena balik pastu. haha. tak senonoh.

dari kedah sampai ke hatyai. camni la pemandangan sepanjang tu. hijau menggila. memang bley turun power mata aku camni. bes bes. tapi tu la. tak sangka aku mesia ni lawa gak sebenarnya. haha.

fatin yang sedih harus pergi meninggalkan katil nya. temenung lama gila. tragedi abes.

bandar hatyai yang bes. kecik gila. dijamin takkan sesat. pusing pusing. kat situ gak. tapi paling aku suka. setiap tempat. ada je kedai makan bes. hehe.

ha. ni la guesthouse kami. serius bes tempat ni. dah la rm52 semalam. bersih. siap dapat tuala smua. dekat tengah town pulak tu. turun je bawah. bersepah tempat urut. terbaek.

sesi memotorkan diri ke night market. fatin cuak gila kot. mana tak nya. satu motor tiga orang. haha. tapi dah nama thailand. polis rileks je. ada yang sampai lima orang semotor okeh. kalah circus. cuba kalu kat mesia. baru niat dah kene cekup. ganas tak ganas. keke.

fatin dan shopping. nasib tak kene sawan shopping. pantang nampak kedai. lupa abes smua. tengok la muka tu. gaya macam nak lari dengan baju tu je. haha. memang sah bley geng dengan epah. kalu berdua tu bergabung tenaga. mak aih. abes satu night market depa borong. dengan penjual sekali. haha.

fatin dan tuk tuk pertama dia. tadi pi naik motor. balik kene naek tuk tuk. mana tak nya. setengah night market kot dia borong. kurang cket je dari epah. huhu.

ok. ni sesi favourite aku. makan. makan dan makan lagi. huish. banyak gila kami makan. sampai senak ulu hati kot. membahaya kan kesehatan tol la. tapi rambang perut kot. banyak gila benda bes. yummy.

ni plak idea fair kat lee plaza. ok. benda ni aku kene puji. fair ni untuk orang muda thai peraga barang hasil tangan dieorang. ada yang wat coklat. ada yang wat sepit rambut. memacam la. kretif gila kot. murah pulak tu. tak pepasal aku borong empat sepit rambut. heh.

tunggu bus mau pulang mesia. muka sedih abes. tapi nak wat camne. dwet pun dah abes. kalu pakat duduk hatyai lagi. memang esok lusa pi tiger show. nampak fatin dok nari nari. tak ke naya. kesimpulan nya. balik la mesia. haha.

2 comments:

MiNaH nGokNgEk said...

aik???aku lak kne ngumpat kat cni.....hahahaha bikin panas tol....udah kemaruk hatyai dah aku neh.....uuwwaaa tempat paling best kot!!!

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

epah: weh. tu bkn ngumpat. tu hakikat. haha. pi la weh. naik train. ko x pernah kan?. shiok woo :D