7.11.11

Tekejut mak

tengah shiok layan tv bila jiran sebelah ketuk pintu. haish. mimpi apa plak neh. tak pernah nak bertegur sapa. tetibe datang umah memalam buta.

oh ya. jiran aku dari saudi. suami gila serius. dan istri? tak pernah kuar umah. setakat sengih dengan anak dieorg je la. tu tekejut lelebih bila tetiba depa ketuk pintu. dramatik abes. haha.

buka. dan lihat. anak laki mereka. dengan plastik dalam tangan.

dia: for eid.
aku: huh?. let me open the door first.
dia: this is for u. for eid.
aku: oh. ok. thank u very much. nyte.

masuk umah. tutup pintu. usha plastik. mak aih! kaki kambing kau. dari peha ke jari jari manis nya. tengok betis pun dah tau. sehat betul kambing neh. heh.

dan aku sebagai pengemar kambing tempatan mahupun luar negara. sengih sampai telinga la. sampai la aku dikejutkan dengan realiti yang membunuh. hakikat yang:

umah aku takda dapur.

cis buat diri sendiri. camne nak masak? dem. tragedi november tol la. tak pepasal makcik aku dapat kaki kambing free. gila excited. mana tak nya. kambing gila mahal kot sekarang. hm. kalu aku jual kat pasar pun dah kaya. haha.

pape pun. terima kasih jiran. nanti kami balas dengan kaki.. er.. kaki.. em.. ok. abaikan. dan kepada mamayuih sekeluarga. nanti masak kambing tu. jemput la kami datang melantak. huhu.

mbek mbeek grrr mbeeek.

yang bermaksud. saya sayang jiran saya.

roger and out.

No comments: