15.11.11

Hatyai: syurga foodie

bangun tido. cuak. siap berpeluh. mana tak nya. aku mimpi smua benda yang aku makan kat hatyai. urgh. aku dihantui makanan siam. tabah.

terus buka laptop tatap gambar makanan. tetibe perut aku layan okestra. lapo. hehe. sebab aku nak korang pun dihantui makanan siam. aku ingat mau taruk gambo apa aku makan kat sana.

ala ala cite antu the ring. dieorang pas antu ikot video. aku pas ikot gambo. hehe. selamat dihantui. uuu uuu (bunyi hantu bajet ngeri).

ok. aiskrim paling unik aku jumpa. terus beli ok. ala ala dalam telur getah. hm. tu la apa aku pikir memula. rupa nya macam puting lembu. haha. serius. ada tulis kat instruction. aku amek perisa lime cheese. macam pelik. tapi sedap okeh.

ni pun bes. baru buka kat lee plaza. kedai gelato siam bernama gelate. aku amek perisa madu. masyaAllah. meleleh. urgh. apsal perisa ni takda kat mesia?. ok lah. mau berkabung 3 hari setengah. emosi. haha.

braised beef noodle. pun sedap. banyak pulak tu. nampak je camtu. kenyang gilas. amek kau. siap plural tu. haha. memang dasar menyalahgunaan bahasa tol la. tabah.

ok. ni memang serius aku meratapi bila takda di mesia. behold! tarik napas. ok. ni lah pie spinach mozarella cheese mcd siam yang sedap gila babas. aku makan tiga kot. urgh.. *meleleh* kena plak dengan mccafe caramel macchiato. bley pitam seh.

ni aku tak tau apa nama. tapi sedap gak lah. makan kat night market. tak padan dengan kenyang. sumbat gak. kesian usus aku penat. heh.

coconut aiskrim yang masyur. rekaan orang siam. sebab tempat lain aku pi. takda plak benda ni. hm. tapi serius sedap. walau tak sesedap coconut aiskrim di songkla. oh abang songkla~

pulut durian. yums. aku amek mangga tapi masam plak. tak berapa nak feel la. so aku paw fatin punya pulut durian. haha. lemak gila. masyuk abes. hadi. sila jeles. kahkah.

ni nasi lemak versi hatyai. sedap gak. cuma nasik dia tak macam kita la. depa pakai beras pulut. tapi kombinasi ayam dan smua smua tu masuk la. tahniah. nasi lemak anda sedap. hehe.

hm. banyak lagi aku makan cuma aku dah tak tahan lapar. mau cari kedai siam sat. urgh. dem u hatyai. tsk

No comments: