1.8.12

Bola bola api

sarah. nad. mahfuz. zul.

empat sekawan ke perlawanan bola antara manchester city dan harimau malaya.

serius macam tak pecaya. mana tak nye. aku tak suka bola kot. tak paham langsung. setakat kejar kejar bola. aku pun boleh. tobat hangin je peminat bola kalu dengo. haha.

sesedar je. aku dan tiga insan lagi tengah jalan ke arah stadium bukit jalil. tapi serius. sebagai non-believer bab bab bola neh. tadi. aku excited mengalahkan peminat bola paling tegar sedunia. heh.

bukan apa. meriah giler. dengan peminat dok nanyi lagu team bola memasing secara berjemaah nye. dengan lampu lip lap nye. dengan banjir biru kuning hitam nye. wagh. raya pun tak meriah camneh. 

seat jangan cakap. memang terbaek lah. nampak seluruh padang. tak jauh tak dekat. perfecto! sekurang nye perfect lah untuk aku usha badan pemain man city yang hot tahap demigod. 

serius menusuk kalbu. jamuan mata. waduh. sakan mata aku arini. tabah. dan seperti biasa. maka kurang lah pahala puasa aku pada arini. haish.

skor akhir: man city 3 malaya 1

ok lah. yang penting. rimau malaya cuba sedaya upaya. cuma stamina kureng cket. kaki pendek kot. bila lawan sama man city. nampak macam hobbit okeh. kecik gilas pemain malaysia. huhu. tapi takpe. a for effort.

[ seat terbaek lah. cantik gila view ]

 [ sarah & nad. pengkritik badan pemain yang tegar ]

[ mahfuz dan cikgu zul. teman tapi mesra ]

yang penting. mahfuz dan zul enjoi. aku dan nad enjoi gak. cuma enjoi tang laen. heh. em. ni lah pengalaman pertama aku tengok bola live. walau tak paham bola. bila live. aku paham abes smua mengalahkan coach. hoho.

yang pasti. sekarang aku teringin mau tengok bola di uk. konfem lagi meriah. hm. motivasi yang bagus neh. okeh. masa untuk simpan dwet. woot woot.

No comments: