6.8.12

Feliz

lokasi: las carretas
insan: sheena. sarah.
tema: mexican

arini. cik sheena bawak aku berbuka puasa di restoran baru di ampang. serius terkedu bila sampai. mana tak nye. aku dok lalu beribu kali. tak pernah nampak kedai neh. 

walhal dah agak lama kedai ni bertapak. misteri nusantara tol. melain kan aku seorang pemandu berhemah. pandang depan aje. haha. 

kedai ni ala ala chillies. tapi lebih ke mexican. menu je dah rupa buku teks mexican. berbelit lidah aku mau sebut. tapi bagus. aku suka. ni bermaksud makanan dia akan mexican jati juga. 

aku oder enchiladas. dan sheena. tortilla. untuk appetizer. chicken wing sebab yang laen smua macam terlalu mengenyangkan. tapi gatal gak nak oder appetizer. heh.

lama jap tu. makanan sampai. saiz macam senonoh. bila rasa. mak aih. serius sedap. padat, juicy dan creamy. cheese jangan cakap. mentang mentang bagus menderma sempena ramadhan. pemurah gilak.

dah lincin pinggan smua. aku dan sheena terus pening lalat. kenyang sangat. ntah pape. haha. harga pun okeh bagi aku sebab makanan memang superb. satu pinggan dalam rm29. layaaaan.




bukan setakat standing ovation. aku siap kasi mexican wave sama itu kedai. bukti aku pueh hati. tapi tunggu lima bulan lagi baru aku datang lagik. muak siot. tak penah aku makan cheese sebanyak tuh. heh.

lepas ni mau makan apa plak? yum yum.

No comments: