15.4.13

Ayuh perjuang kebenaran


cewah tajuk. terus membara jiwa mau menulis. hehe. 

arini. aku dengan semangat nan jitu ke seremban. pepagi buta dah drift dari mantin kot. semangat tak semangat. smua nya sempena mau bikin official complaint terhadap kehampehan melampaui batas tempat aku bekerja. 

dah 7 bulan aku sabar kot. dua bulan sekali aku jumpa miss tan, pengurus hr yang hampeh gilas tahap syaitonirojim. lidah bercabang kalah sotong kurita kot. tapi cukup cukup lah. aku dah penat sama kerenah mereka. selagi kita lembut. diam je. selagi tu lah dia ingat kita pengecut. mudah dipermainkan. 

maka. tadi pagi. sampai lah aku di epf dan socso seremban. jangan memain. i walk the talk baby! apa barang main cakap belakang je? hidup kene berani. terutama bila benda tu benar. kan? kan? kan? 

niat mau ke socso dulu tapi camne ntah bley tersilap turn. tup tup. dah kat tepi pejabat epf. layan je lah. haha. untuk epf. ni report ke dua aku. yang pertama dalam 2 bulan lepas gak lah. aku terang situasi terkini. dan update dokumen yang harus di update.

kendian aku ke socso plak. pelbagai borang harus di isi. nasib aku wat copy dokumen bagai. abes smua depa minta. bukan setakat itu saja. aku siap jumpa executive officer kot. abes dia soal siasat aku untuk bikin report. peh. dah gaya balai polis camne. bagus bagus. i loike. 

lepas dah complaint bagai. aku kene tandatangan surat sanggup jadi saksi utama sekira nya masuk mahkamah kes ini. nampak sangat kes ni serius. memang pun. tapi tu la. tak pernah ada orang complaint kot sebelum ni. tu pasal opis aku berani semacam je.

bak kata kakak aku "konfem depa menyesal hire ko sarah. silap hire yang vocal"

menyesal tak menyesal. itu laen kira. benda salah tetap salah. dan aku? aku nak hak aku. itu saja. dan sekira nya aku berjaya dapat hak aku nanti. aku harap hak makcik cleaner, pak guard, pemotong rumput juga akan terbela. mereka lebih memerlukan bantuan socso dan epf kelak.

yang pasti. aku akan tetap perjuang hak aku sampai berjaya. insyaAllah. dengan usaha. akan dapat hasilnya. Ameen.

No comments: