9.4.13

Jelajah Temasek: Part 2

kerna singapura hujan tak henti. aku dan syafa terpaksa cancel smua outdoor. aku punya lah berharap. aku tunggu dari 1230 sampai 1830 kot. kental tak kental. tapi nak wat camne. takde rezki. hujan rintik sampai sudah. takpa lah. boleh datang laen kali plak. alasan. hehe.

disebabkan takle outdoor. aku dan syafa ke gardens by the bay. kawasan terbaru di singapura. lawa okeh. nampak macam pokok besar dari jauh. tapi besi walhal. penuh dengan lampu lip lap. kawasan plak lapang dan bersih. berangin sakan plak tu. terus beli pie, picnic situ kot. inovatif. heh.

dah puas lepas situ. terus ke orchard road. okeh. aku memang bukan kaki shopping. pi siam. pi china. pi indon. pi vietnam. tak heran langsung dengan produk. sekali pi singapore. mak aih. rambang siot. memang taste mahal sungguh aku neh. haha. 

nasib dwet aku tak banyak. terbatas cket napsu belanja aku. kalu tak. mampus. satu singapore aku borong. iye iye je. heh. tapi serius. baju branded lawa siot. bila convert harga . pun masih murah berbanding malaysia. tergugat kejap aku. masa untuk simpan dwet nampak nye.  
[ sesi melepak di coffee lab, orchard road ]

[ bergambar di station harbourfront. berpeluh jalan jauh kot ]

[ eye of singapore ] 

[ gardens by the bay yang sangat futuristik ]

[ aku di taman menawan ]

[ cantik weh. ada lampu bagai ]

[ jenuh auto shot. exercise kot. haha ]

[ muka tak rela pulang malaysia ]

[ aku dan syafa ]

akhir nya. berjaya jugak kami tawan singapura walau hanya 3 hari. syafa pun macam dah excited berjalan. mau usha kota kinabalu kata nya. cun aja. kalu tak lepas sabah. singapore tak lari mana pun. hoho.

pape pun. terima kasih syafa sponsor tiket flight. dan abang zaki sebagai host yang menawan. rumah selesa. makan sedap. siap dapat dwet poket lagi. terus semangat mau datang lagi. hehe. 

takda pape. panjang umur. ayuh singapura christmas neh. woot woot.

No comments: