12.12.11

Saya suka sukiyaki

lokasi: sukiya, pavilion
mereka: mayuih. mama. sarah. sheena.
tema: moulin rogue versi anime
mood: malu tapi mahu

arini. mayuih tersayang belanja kami tiga beranak makan di sukiya pavilion. memula macam memalu. juai mahai. tapi bila mula makan. mak aih. macam apa je. kalu orang tak tau. mesti ingat aku ada belaan. haha.

tempat dia simple je. selection pun macam tak berapa nak kagum sangat. pandang sebelah mata je beb. kerek abes. tapi bila start makan. hm. layan gak sukiyaki ni. ala ala steambot. tapi versi sedap.

paling aku suka. all u can eat meat. rawr. aku tibai kambing je. tambah tolak. daging yg aku makan. mampu la wat sekor kambing tempang sebelah kaki. sungguh tragis. tapi sapa suh dieorang sedap sangat. huhu.

dah kenyang. wajib usha dessert. dan seperti biasa. lagi unik. lagi bagus. dan sempena tema jepun. aku amek wassabi aiskrim. memang aneh menggila. mak aih. sejuk sejuk pedas. tapi layan beb.

kerna banyak sangat melantak makanan jepun. abes je makan. terus aku cakap jepun. ok tipu. haha.

wahai mama yuih. arigato gozaimas kerna belanja. esok lusa. sila la belanja lagi. pasti tak menyesal. heh.

No comments: