23.12.11

Temuduga yang menduga keimanan

bangun gila awal. sesiap. terus drift ke ICA melati. ada temuduga dengan yasmeen katanya. ke opis ICA dan tunggu. 10 minit. diam. 15 minit. takda gak. las las aku mintak mamat kaunter cek kan.

terus dia tepon yasmeen. abes efision la tu. hm. memang efision pun. haha. jap tu mamat kaunter berkata kata:

"sister. i called her already. she told me she dont have any appointment today"

apakah? terus rasa macam nak wat tarian zulu sebab tensi. sukati jiran dia je cakap camtu. walhal dia yang suruh datang. terus aku telefon kawan yang kerja ICA.

rerupanya puan yasmin tunggu aku kat uia. dan aku tunggu dia kat ICA. yeaaaa pandai. urgh. terus drift ke uia sambil tepon puan yasmin. ok. nasib baik takda abang traffic. kalu tak. aku langgar dia sebab nak cepat. haha.

sampai uia. dapat parking gile cun. cantek lah. dan terus ke opis puan yasmeen. duduk. salam. dan bermula lah sesi menemuduga cik sarah baharudin. memacam la dia tanya. siap tanya intipati thesis dan research aku bikin. nasib aku ingat. fuhh.

30 minit kendian..

puan yasmen berkata kata. yang dia suka aku tapi aku terlalu overqualified untuk position tersebut.

overqualifieeeeed?

okeh. ni kali ke dua aku kene camni. overqualified apa nye? aku bukan nya ada lima PhD atau pemenang nobel. dah tu. kalu overqualified sangat. tak payah la panggil interview. tabah. tapi takpe. takda rezki. janji aku cuba yang terbaik.

dah la kene rejek dengan cara terhormat. siap kene ceramah. katanya aku patut kerja di universiti. bukan nya kolej. sebab aku boleh pergi jauh. ecewah ayat. terima kasih la puan yasmen. tapi hakikatnya. aku tetap kene rejek. haha.

tapi yang bagusnya. puan yasmen dengan baik hati tawar diri untuk jadi referee aku dalam resume. dia suh aku apply universiti dulu. kalu takda rezki. baru apply kolej. hmm. baik lah puan yasmen.

terus ke iimu meratapi nasib. tu la. ada keje. berhenti. padan muka. haha. tapi takpe ah. janji aku tak tensi macam time keje olympia aritu. heh. ok. masa untuk usha universiti pulak.

yok berusaha!

No comments: