25.12.11

Ekspidisi mencari santa

lokasi: merata rata
mereka: sarah. sherly.
sempena: hari natal sedunia
mood: suam suam kuku

sherly salimun. seorang wanita berketurunan kadazan-dusun beragama kristian yang sudah 2 tahun tidak pulang beraya di kampung halaman.

eh jap. apsal ayat aku skema kalah pembaca berita rtm neh? hm. sah lapar. huhu. ok ok. serius. sherly ni kawan aku time zaman olympia. katanya. tahun ni dia raya sesorang lagi. mak aih. gila tragis idop minah ni. kalu bikin cerekarama. gerenti menang medal.

dan aku. sebagai insan murni. hm. perasan lagi. haha. ajak la semek ni turun kl. kira overnite umah aku la. bley reronda usha lampu. memakan. layan carolling smua. alang alang nak raya. harus raya sepenuh hati. alasan. haha.

merata la kiteorang pegi. dari bangsar ke sentul. ampang ke bukit bintang. gila excited semek ni. gaya macam tak raya 10 tahun. bukan tu je. bergambar dengan pokok christmas macam pokok tu johnny deep je. haha.

bila time show. nasib pentas ada pagar. kalu tak. naya. gerenti penanyi tu kene molest. haha. dah penat bergambar. lapaq menggila plak. jadi aku bawak la dia pi chilies. amekau. terkedu dia tengok makanan. hah! rasakan kuasa halilintar chilies. terbaek beb.

dah makan smua. layan kopi plak. mak aih. ni christmas ke makanmas neh? gila tak senonoh. haha. tengok jam. hm. malam masih muda. beli plak wayang midnite. cuci mata usha badan howt tom cruise. peh. memang macam naik cruise. tetibe. haha.

abes wayang dalam jam 3. peh. gila penat. terus drift balik ampang. niat nak tido tapi bley plak tersambung borak. tabah. tapi takpa la. bila lagi kan? setahun sekali je. yang penting. sherly dapat raya dengan jaya nya tahun ni. takda la terperap sesorang kat umah. nangis teringat kampung. ok sherly. sila terharu sekarang jugak. haha.

[ sherly yang cultural shock sama makanan ]

[ apsal minah ni rapat sangat ni?. haha ]

[ bersiar siar di sentul. cun siot tempat ni ]

[ trainer rusa santa yang bertauliah ]

pape pun. kepada sherly dan smua penganut agama christian. merry christmas! kepada encik santa. jangan lupa hadiah aku. sembelih rudolph wat sate kang. haha.

No comments: