7.7.09

Aku dan panik. bukan soulmate

cik rose kawan zaman dolu-dolu aku. zaman degree di mana kami lagi kuat main dari belajar. kami pegang prinsip "play hard, study smart" tapi haram. studi tak smart pun. ah. pedulik. janji zaman tu besh. ok. sambung balik. walau pun kuat main. cik rose tetap menjadi seorang lecturer berjaya. miss rose sekarang yek. bley muntah. hehe.

aritu dia kontek aku. mintak tolong ngaja kat tempat dia. aku mula-mula tak nak. takut sebab takde pengalaman tapi balik-balik. aku terima jugak. semua nye sebab aku nak duit dan pengalaman. iye iye je. nak duit je sebenarnya. ya. aku memang insan materialistik. pedulik.

semalam dia nak jumpa aku. dia cakap nak kasi silibus untuk aku ajar. masa jumpa. dia hulur satu surat. lepas aku baca surat tu. terus aku di serang panik. sebab dekat surat rasmi tu tertulis:

undangan sebagai penceramah jemputan kursus-english made easy 2.

what the duck?. sejak bila aku jadi penceramah ni?. aku ingat ajar orang tua dalam kelas je. tup tup kasi ceramah dekat pekerja koperasi kerajaan. aku memang tak le blah tapi apakan daya. dah terlambat kalu nak tolak. satu malam aku panik. tak tau nak buat apa. nasib baik ada mak aku selaku kaunselor. tenang sikit aku. lepas tu ada ain. dia cakap dia nak train aku jadi penceramah berjaya. adoih. takut seyh.

esok pi librari. kena pinjam buku. nak kena studi balik pasal tenses smua. aku harap sepanjang slot aku. aku tak di baling telor mahu pun di boo. kalu tak. aku tak halalkan ilmu aku sebab dieorang aniaya aku sebegitu rupa. chewah.

arghh. cuak cuak cuak.

7 comments:

Acemafia said...

aku dah redi telor dinosor utk baling kamu

Midgesque said...

Kuang kuang kuang! Selamt berjaya cik penceramah! kekeke katne2 nak pi amik half day lah nak join sekali leh? hehehe

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ace: telur dinosor?. sedap tu wat telur setengah masak. slurpp

midge: urghh.. xpayah la join. saya pun tak abes cuak lagi ni. adoih. dugaan tol la. hmpkhh

LiYaNa said...

kalu dierang serang ko, ko serang la dierang balik..haha..siapkn telur busuk k

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

aku nak bawak stok telor tembelang la. shiok. hehe

LiYaNa said...

oh yeah..dats better..heheeee..ko ngajor kt ne ek??bleh tgk x??:P

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

dekat area amcorp. aku lupa nama tmpt tu. xblehhhh. haha