16.7.09

Sila panggil aku : cikgu Sarah

tarikh : 14 Julai 2009
tempat : maktab koperasi malaysia
urusan : penceramah jemputan
program : english made easy 2

aku ngaku. minggu lepas aku memang cuak nak mati. tido tak lena beb. sebab kena pikir nak ajar apa. nak kena wat silibus. slides. nota untuk pelajar. soklan ujian. memang aku kelam kabut. kena pulak sebab wat last minit. aku salahkan hardisc aku yang penuh dengan cerita baru. tsk. tapi nota, soalan ujian dan slides semua sempat siap sebelum hari isnin. tapi hari isnin aku langsung tak tido. sebab aku kena studi balik semua apa yang aku nak ajar. aku tak nak tak le jawap soklan mereka itu.

pagi-pagi aku dah keluar. 7 pagi. aku pun terkagum dengan diri sendiri. dan pagi-pagi aku dah kena tinggal bus. macam siot. tak cukup awal rupanya. nasib baik ada taxi. program mula 8.30 pagi. aku sampai tepat 8.30 pagi. slumber. jumpa cik ros. dia bawak aku masuk kelas semua. ok la. tak la teruk macam yang aku pikir. penat je aku cuak gile-gile minggu lepas. buang tenaga tol. hm.

tak ramai. 19 orang je. umur dari 24 - 50 an. susah jugak la nak mengajar sebab walau dah berusia. perangai kalah budak kecik. yang laki-laki ego nak mati. ada yang tak le terima sebab aku muda dari depa. ada yang tanya muet aku dapat berapa. macam sial. takut sangat aku tak layak ajar depa. pasrah je la. tapi aku happy gak. tak kena boo atau baling telur. bes. bes. hehe.

pasal tanya soklan jangan cakap. soklan orang tua memang membunuh. bila aku boleh jawap. ada yang tak puas hati. siap buka kamus tebal cari soklan untuk aku. macam siot!. dieorang nak uji aku tapi agak-agak la. nasib baik dalam berpuluh soklan. satu je takle jawap. tu pun masa lunch. cik ros tolong aku cari jawapan. kami google. bila dalam kelas. aku jawap soklan dieorang tadi. dieorang macam terkejut cket la. sebab aku ada effort nak cari jawapan. chewah. bangga plak aku. huhu.

program abes dalam 4.30. aku balik dalam 5.15. kawan cik ros anta pi putra. walau ni pengalaman pertama aku. aku agak puas hati la dengan performance aku. yang pasti. masa periksa tenses. dari 19 orang, 17 dapat A. jadi aku rasa cara aku mengajar agak menjadi la. mungkin aku je yang shiok sendiri tapi lantak la. oh ya,

thanx cik ros sebab kasi aku peluang ni.

2 comments:

Acemafia said...

ye.. peglaman pertama memg memuaskan, walo sedikit menakutkan.. emmm. tahniah cikgu sarip.. eh, sarah

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ace: yup2. mmg puas hati. hehe. nnt aku jadi cikgu ko plak ek?. ;P