30.7.09

Ketidakstabilan

aku sekarang ada masalah clumsy. benda ni macam musim cket. bila datang musim. semua benda aku langgar. semua tempat aku nak jatuh. tsk. dalam tempoh sehari. macam-macam musibah jadi kat aku.

musibah satu
aku kena cover conference management dekat cac. aku pun masuk ikut pintu belakang sebab committee semua duduk situ. masa nak lalu belakang orang untuk masuk ke tempat duduk aku. aku dengan riang nya langgar dinding yang ditutup kain merah. memang macam haram. sakit sial. tapi aku gelak je bersama insan-insan lain. pastu aku duduk sambil sengih. kenapa ini terjadi?. oh kenapa?

musibah dua
lepas je aku langgar dinding. aku wat kerja macam biasa. lepas tu aku jalan sorang-sorang nak pi kelas. tengah aku jalan dengan penuh sopan-santun. aku tergeliat. dan dengan slow-mo nye aku jatuh menghempas simen. hangin je satu badan. aku pandang keliling. takda orang tapi aku yakin. mamat indon yang tengah wat bangunan nampak aku jatuh. pastu aku bangun. sambil urut kaki. sakit nak mati seyh. lutut kanan berdarah. kaki kiri tergeliat. aku pun jalan seret kaki ke kelas. masa itu. aku yakin pahala aku banyak. jihad nak tuntut ilmu beb. jangan memain. hoho. tapi sepanjang perjalanan. aku asyik terpeleot je. kaki dah lembik. pantang silap jalan. aku jatuh. pantang silap langkah. aku terus senget.

bulan julai. bulan kemalangan. arghhh. malang. sungguh malang.

1 comment:

ainguzzle said...

kau dan jatuh selalu sinonim sebulan dua ni. aku harap kau tegar dan tidak tumbang lagi.