8.7.09

Faktor kecil kenapa wayang di area KL masih bertahan = aku

tu apa yang aku rasa la. aku sejak akhir-akhir ni rajin pulak layan cerita dekat wayang. mungkin sebab banyak cerita bes kot?. tapi ni tak bermaksud aku tak sokong cetak rompak. kalu wujud kelab cetak rompak semalaya. aku yakin aku mampu jadi paling kurang ketua biro promosi. idup piracy! eh jap. aku boleh kene tahan ek sebab buat pengakuan sebegini rupa?. kalu boleh..

booooo cetak rompak. pegi jahanam. boooo.

gile tak eklas. tsk. oh ya. selalu nya aku bayar tiket sendiri. ye la. aku bukannya ada bapak gula nak tolong bayarkan pun. pasrah. (siapa2 nak anak gula. sila kontek gua ok). haa.. cuma aritu je. aku dapat tiket free. tu pun sebab aing belanja. aku memang terharu sakan. nak nangis pun ada. nak nangis sebab aing beli cerita melayu. cerita 'jangan pandang belakang congkak' plak tu. sungguh menyayat hati. huhu.

aku bukan tak layan cerita melayu langsung. cuma aku memilih sikit. aku layan cerita amir muhammad. yasmin ahmad. tapi semua yang aku layan, tak berapa nak masuk wayang. sebab tu orang takkan nampak aku beratur beli tiket wayang melayu. tapi aku pelik gak. tengok cerita tamil. sanggup plak beratur panjang. musykil. masa dalam wayang. aing pesan "kalu ko tak suka. jangan marah tau". suka tak suka lain kes. yang aku tau. tiket tu percuma. dan mak ayah aku ajar. benda percuma berian orang harus di hargai. hmm. macam ayat kempen la plak. heh

pape pun aing. mekaceh banyak-banyak. ko macam tau-tau je. aku memang suka benda free camni. lain kali aku belanja ko pulak. ayuh layan cerita tamil. walaupun hero melodramatik. bila marah bermata merah. konfiden (suka angkat dhoti tinggi-tinggi tunjuk kaki berbulu cam syaitonirojim). bergaduh bunyi 'dushum dushum'. ada magik (bila nanyi. boleh lawat 4-5 negara dalam 7 minit). namun. jalan cerita tetap mengancam.

orait cik aing?.

2 comments:

ainguzzle said...

huish. tabah. aku suka la antu raya tuh.

lagi satu bile org minyak nak kontrol diri dari merogol. dia nanyi kite mulakan dgn bismillah. siap adagaya tabah. haa. lagu sephon kayu pon ada. gile tabah!

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

keke. aku xle blah antu raya lampi. unik.