7.10.11

Doa yang termakbul

cewah tajuk. macam bes je. tapi memang bes pun kalu doa ku termakbul sungguh. huish. amen amen.

tapi kali ni. bukan doa aku. doa encik jay. doa mau tengok killer elite. haish. nasib la kami ni insan penyayang. kalu tak. nanges gegolek pun belum tentu dapat okeh. abes mafia tuh. haha.

lepas keje. aku. sherly. jay. dan kavitha terus drift ke pavilion. hm. balik balik pavilion. wayang situ kaya berkat kiteorang je. layak jadi duta camne. heh.

sampai je. usha seat. ok cun. beli tiket. masuk. tengok.

..... 2 jam kendian .....

mata sebengkak jiwa dan otak. huish. bahaya gila. sumpah rasa macam nak blender mamat jay ni. bapak busan cerita ni. haha. aku, sherly dan kav dah mimpi tiga kali setengah. cite dah abes lagi. hah! bukti betapa lembab nye cite ni. tabah.

kepada encik jay. kamu telah di senarai hitam. sila jangan mimpi mau pilih cite lagi pasni.

sekian.

6.10.11

Kebusanan maksimas

serius gila bapak busan arini. tahap meleleh air idung kot. nasib la ada dua budak gila bernama sherly dan jay kat olympia neh. pantang ajak meronda. dengan pantas. nak ikut je. kalu tak ajak pun laju gak. jadi pepaham je la kan. haha. maka.

aku. sherly. jay.

dengan pantas terus ke pavi. mau layan wayang. haish. wayang lagi. kalu camneh la selalu. bley pokai seh. bill gates yang kaya raya pun bley pokai. apatah lagi aku yang memang pokai sejak azali. tapi takpe. janji hati gembira. kalu gila sengkek tahap tak makan tiga hari. apa susah. jual je sherly tu. mesti laku. haha.

patut nya mau lihat cerita killer elite. tapi timing hampeh gila kot. takde nye aku nak tunggu memalam buta. dah la aku keje esok pepagi. cewah. ayat pekerja tahunan beb. haha. maka. sebagai solusi. kami pilih cerita yang waktu paling sesuai. cite cina. bertajuk "the sorcerer and the white snake".

masuk. tengok. keluar. *tariknapasdedalamdanhembus*

waaaa. aku tertipu. sumpah ingat cite tu bes. tajuk bajet gempak je. aku ingat kan hero nak lawan dengan ular puteh gergasi yang gila mafia. tup tup. cite cinta alaf 21. serius bangang. adoyai. sakit otak beb. jalan cite ok la. tapi direktor dia. memang nak kene buang negeri tol la. mabuk laut ke apa. smua benda dia nak taruk dalam cerita tu.

ular seksi. tikus bercakap. cinta. lawan. sami. terbang. ayam. drakula.

cakap je nak apa. smua ada. tesco pun tak selengkap ni okeh. haish. jay dah sakit jiwa. kene plak bila part cecium. dia plak memalu lebih. haha. aku plak tak abes gelak. bangang sangat kot. sherly je la yang layan feelin. menhayati abes. tahap sedih sedih kot. pelik tol la minah kadazan dusun ni. hm.

dah la cite tu ntah pape. translation plak haram jadah. sakit trakea aku tahan gelak. pundek. sumpah rugi dwet tiket. nasib rm8 je. makan subway pun kenyang. dapat belen brape posen lagi kot. yang lagi takle blah. kuar je wayang. ramai gile orang nanges kot. siap bengkak bengkak mata kot. bertambah tertekan aku. haha.

memang tobat tak pilih gambar yang poster bajet bes. urgh. kepada jay dan sherly. lain kali. aku plak pilih cerita. wehuu.

[ ahli senarai hitam olympia: sherly dan jay ]

4.10.11

Walaowei

kaunter tutup jam 1700. tepat jam 1650. aku sampai cac. semata mau amek jubah dan topi konvo. fuh. nasib sempat.

masuk je cac. dah sesat. bajet dah seploh tahun tak jejak uia tuh. walhal baru berapa hari kot. haha. haish. melayu memang mudah lupa. tabah.

amek nombor. tunggu. nombor naik. pegi kaunter.

pegang je robe. adoyai. sentap jantung kejap. tetibe riak semacam seh. haha. tu tak menang award lagi tu. kalu tak. naya. mau aku dikir barat dan dan tu gak. hm. apa kene ngene ntah la. huhu.

siap smua. terus drift ke rumah. sepanjang perjalanan. dari gombak ke uia. aku pakai mortarboard kot. haha. bukti bertapa susah nya bikin master ni. memang menghargai abes bila mau konvo. nasib aku tak merempit. tak ke masalah nak pakai mortarboard atas helmet. haha.

yea yea. sabtu ni konvo. wehuuu.

2.10.11

K untuk kenduri

arini. rumah ampang bikin itu kenduri.

kenduri doa selamat.

atau nama manja nya. KDS. sukati. keke. sempena mak ayah aku mau pegi haji akhir bulan neh.

tak pepenah bikin kenduri kat umah ni. kira dalam sejarah la. sekali wat. pegh. kecoh gak la. mak ayah aku kalah wedding planner kot. smua benda nak kene perfect. tu baru kenduri doa selamat tuh. belum kenduri kawen ke apa. tabah.

ayah aku. pepagi buta dah pinjam meja kat surau. nampak sangat umah aku takda meja. haha. agak kecoh gak la. nak cuci umah la. ubah perabot la. amek makanan la. tapi dalam kesibukan melampau tu.

aku bes je membuta. bangun je. smua dah siap kot. serius magik. hm. baru ingat nak tolong. tup tup. dah siap. nasib nawaitu murni. haha. memang dasar anak hampeh tol la. chait.

dalam 11 pagi. dah ramai orang datang. keluarga je pun. dalam 35 orang. dari budak ke orang tua. rumah tak besar mana. tapi bagus gak. mampu merapatkan ukhwah. smua terpaksa berdiri rerapat. haha. memang terbaek lah.

solat. baca yasin. doa. makan. borak. bergambar. makan lagi. gelak.

memang sukses lah. mesti mak ayah aku lega. smua orang datang. makan pun sedap. tapi tak sesedap sirap buatan aku. ehem ehem. siap orang beratur dengan botol macam lori milo kot. hm. ok. tu aku tipu. tapi sedap la. haha.

[ kami ]

kepada ahli keluarga yang datang memeriahkan majlis. terima kasih.
kepada tukang masak nasik dan lauk. lap u lah! serius sedap.
kepada mak ayah aku. smuga segala amalan sepanjang haji diterima.
dan kepada diri sendiri. masa untuk simpan dwet untuk haji.

hajah nur sarah baharudin.

pegh. ibarat irama dan lagu. haha.

ameen.

30.9.11

Mencik!

tajuk abes manja la tu. walhal nak kata benci. haha. memang takle blah tol la. sendiri tulis. sendiri geli. tabah.

pape pun. tadi pepagi buta. baru je nak breakdance sebab kelas takda arini. gila seronok. tup tup. tetibe ada meeting lah pulak. serius rasa macam nak breakdance atas muka mr. brian je tadi. haha. takle tengok orang senang cket. ada je meeting dia suh bikin. chait.

dah la tuh. bley plak suh aku jadi setiausaha. dengki gila. haish. nasib aku pekerja berwibawa. bukan setakat catit. siap lukis kot. sekali pandang. lukisan cun macam monalisa pun ada. bakat tak berbakat aku ni. ecewah. walhal lukis orang lidi je. haha.

memacam la isu dibincangkan. tapi aku tak tau berape banyak. sebab las las aku terlena. dah sampai jupiter kot. ganas tak ganas. nasib takda sesape sedar. hm. tak sesia aku menuntut seni lena dengan jayanya. tak sangka plak ilmu tu berguna. heh.

urgh. malas nye nak tulis minit meeting. mencik!


*muntah ijo dengan kemanjaan sendiri*

29.9.11

Hari satu Malaysia

lokasi: yuen, sunway
mereka: sarah. sherly. jay.
mood: satu malaysia!

satu melayu. satu cina. satu india.

kalu najib nampak neh. gerenti die amek gambar kiteorang sepantas kilat. mau taruk dalam iklan. semangat satu malaysia katakan. haha.

ok. sambung. arini aku ajak depa makan kat yuen. pantang aku tanya. smua benda dieorang tak pernah makan. sabo je la. apa kebenda dieorang makan sebelum ni pun aku tak tau la.

dan aku. sebagai insan yang tidak kedekut ilmu. ok. ayat macam haram je. haha. ajak la dieorang makan situ. abes kerja. terus rempit ke sunway. sanggup tu. demi yuen terchenta.

sampai agak awal la tadi. serius tak ramai manusia. gila bes. dah la tak payah beratur. masuk terus je. bajet ada share dalam yuen je. haha. dapat plak seat macam bes. lagi la masyuk. nikmat.. nikmaaaaaat.

makan tak hengat. tapi nak jadi crite. jay vege arini. takle la makan seafood smua. rugi rugi. tapi takpe. dia bantai sayur tak hengat beb. terkejut gak aku. ingat haiwan ternakan je makan sayur banyak camtu. haha.

tapi serius weh. banyak gila sayur! macam tak logik je aku rasa manusia makan sayur banyak camtu. tapi takpe la. janji dia gembira. kehidupan nan sehat katakan. patut dibuat pedoman. keke.

ok la. aku pun dah lama kempunan yuen. dapat gak malam ni. dan jay & sherly? dapat la merasa makan kat kedai baru. yang penting. murah. sedap. dan bes gila babas. kalu aku kementerian pemakanan malaysia. tobat aku kasi tokei yuen pangkat tan sri. haha.

pape pun. yang penting. perut kenyang. hati pun senang.

hoyah! burppp.

28.9.11

Malam yang menakutkan

pegh. tajuk macam apa jek. bajet jumpa rosmah tepi jalan tadi. abes ngeri. walhal tengok cite fright night je. gimik lebih. haha.

pape pun. arini aku dan teman sejawat ke pavilion. sesi makan. gosip. dan tengok wayang reramai. walau 5 kerat je. aku. saff. sherly. jay dan darren. tapi riuh macam apa je. bes bes. walau olympia memang ntah pape. aku tetap suka geng lecturer. smua otak pusing. layan.

sampai je pavi. dengan pantas terus ke foodcourt. gila lapar. dewa lapar pun tak lapar macam aku tau. haa. ni la bukti betapa lapar nye aku arini. dah siap buat senarai nak makan pe. gila panjang. las las. makan semangkuk mee je. pastu kembung. tabah.

masa sesi melantak. cik sherly dan saff sibuk dok mengambo. abes smua makanan dieorang amek gambo. kalu makanan tu ada mulut la. gerenti dah senget senget senyum. penat. haish. sampai aku. jay dan darren pun jadi mangsa. nasib kami jelita. takda la rugi kodak. cewah ayat. haha.

wahai sherly dan saf. apsal la korang jadi cikgu. kan bagus kalu jadi model atau jurugambar. berbaloi gak la usaha korang arini. mana tak nye. satu suap. satu gambo. bila aku dah abes makan semangkuk. dah bley bikin muzium sarah baharudin. dari suapan pertama sampai sesi sendawa kekenyangan. haha.

lama jap tu. sesi menwayangkan diri. semangat gila amek spec 3d. tapi dalam bebanyak. ada gak sorang yang senget cket. encik jay. bley plak lupa amek spec. pastu kecoh apsal gambo camtu. haha. mana sekolah?. apa ko ingat 3d. ada orang datang berlakon depan skrin?. apa daa.

ok gak la cite tu. takda la aku tido ke apa. tapi bila terkenang balik. duduk di antara saf dan sherly. sapa pun takle tido. kejap kejap. jerit. lama jap tu. tetibe. 'eeee. cepat lari. cepat'. sentap gak aku. sejak bila ada dubbing melayu ni? tengok tengok. cik sherly. nasib aku tengah kemalasan. kalu tak. mau nye aku paku kepala ko macam vampire. tabah.

[ robocop yang jelita. haha ]

kepada darren. jay. sherly dan saf.

bersatu kita teguh. bercerai kita roboh.

*tetibe* hahaha.