2.10.11

K untuk kenduri

arini. rumah ampang bikin itu kenduri.

kenduri doa selamat.

atau nama manja nya. KDS. sukati. keke. sempena mak ayah aku mau pegi haji akhir bulan neh.

tak pepenah bikin kenduri kat umah ni. kira dalam sejarah la. sekali wat. pegh. kecoh gak la. mak ayah aku kalah wedding planner kot. smua benda nak kene perfect. tu baru kenduri doa selamat tuh. belum kenduri kawen ke apa. tabah.

ayah aku. pepagi buta dah pinjam meja kat surau. nampak sangat umah aku takda meja. haha. agak kecoh gak la. nak cuci umah la. ubah perabot la. amek makanan la. tapi dalam kesibukan melampau tu.

aku bes je membuta. bangun je. smua dah siap kot. serius magik. hm. baru ingat nak tolong. tup tup. dah siap. nasib nawaitu murni. haha. memang dasar anak hampeh tol la. chait.

dalam 11 pagi. dah ramai orang datang. keluarga je pun. dalam 35 orang. dari budak ke orang tua. rumah tak besar mana. tapi bagus gak. mampu merapatkan ukhwah. smua terpaksa berdiri rerapat. haha. memang terbaek lah.

solat. baca yasin. doa. makan. borak. bergambar. makan lagi. gelak.

memang sukses lah. mesti mak ayah aku lega. smua orang datang. makan pun sedap. tapi tak sesedap sirap buatan aku. ehem ehem. siap orang beratur dengan botol macam lori milo kot. hm. ok. tu aku tipu. tapi sedap la. haha.

[ kami ]

kepada ahli keluarga yang datang memeriahkan majlis. terima kasih.
kepada tukang masak nasik dan lauk. lap u lah! serius sedap.
kepada mak ayah aku. smuga segala amalan sepanjang haji diterima.
dan kepada diri sendiri. masa untuk simpan dwet untuk haji.

hajah nur sarah baharudin.

pegh. ibarat irama dan lagu. haha.

ameen.

No comments: