31.3.09

Sejarah kelabu

ok. aku nak tulis sejarah hitam. tapi sejarah aku tak sampai tahap hitam lagi. so, kelabu la jawapnya. hm.

kelas iok. tsk. ada je benda tak kena dalam kelas tu. nway, jumat lepas aku ala-ala gado dengan lecturer aku. mana aku nak tau, dalam 21 budak dalam kelas, aku je yang tulis benda yang orang akan anggap sebagai infomasi tak memberansangkan tentang tokoh Islam dulu, Al-Razi. dia gak yang cakap, anything interesting. bagi aku, hakikat yang Al-Razi ni anti-prophetic, sangatlah menarik.

bila aku tengah shiok present, dia cakap source aku tak kukuh. macam *&$%. aku jawap la smua info aku amek dari buku. aritu aku guna internet, dia suh guna buku. bila aku guna buku, dia cakap buku aku takle pakai. aku pun dengan jayanya, mempertahankan hak aku. chewah. aku guna buku librari ok? kalu buku tu tak bagus, marah ah librari. dieorang yang tempah buku tu. aku hanya mangsa keadaan yang terlalu mempercayai librari. haha. takle blah ayat.

maka, kami pun bertukar-tukar argumen tentang sources aku dan juga Al-Razi. masa tengah argue, aku bleh dengar kawan aku bisik "sabo sarah, sabo". khai nak menang gak. lantak la. maka, aku teruskan sesi membebel di belakang kelas. pastu khai tnya soklan, aku nak jawap tuk pertahan point aku tadi, khai dengan muka kerek dan mata terjojol, tak kasi aku cakap. dia tanya medina (musuh ketat aing. haha) dan manar. bila aku nak cakap, dia wat bodo. pundek.

lagi la aku panas. tapi yana kasi aku minum air ice lemon tea sejuk. sejuk la cket aku. thanx. air tu sedap. pastu bila aku pikir balik, dia lecturer. dia tanda kertas. camne kalu dia aim aku masa final?. naya aku. aku malas nak tuka cos dan universiti. pegh, jauh pikir. oleh kerna itu, lepas abes kelas. aku pun pi kat dia.

aku hulur tangan nak salam. waduh buk. khai terharu gile beb. aku pun terkejut. lepas salam, dia tarik, peluk dan cium pipi aku. cium sungguh-sungguh plak tu. nasib tak basah. haha. dah la tu, dia siap usap belakang aku lama gila kot. aku nak lari tapi takle sebab tangan dia tuh. sepanjang sesi meraba belakang aku, macam-macam reaksi muka tak rela aku wat. pasrah.

aku harap, dia terharu dan kasi aku markah bes masa final. aminn.

8 comments:

Acemafia said...

itu dah kira sexsual harassment tuh... plok2, cium2, usap2 tanpa kerelaan. pelagi? point nak menjatuh kan dia la tuh..hehe

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

sexual harassment?. wahaha. tapi dia pompuan. dah berkahwin dan anak brape ntah. point ni tak kukuh. org bley refute ckp dia motherly. guane peguam ace?.

ainguzzle said...

kite anggap die ekhlas. sungguh islamization o knwledge katakataku ini.

Acemafia said...

1 - dalam teks di atas, ada dinyata kan kamu di tarik.. adakah seorg ibu akan menarik anak nya secara untuk di peluk? perubuatan menarik cukup utk menunjukkan ia dilakukan secara paksa..
2 - dia mencium kamu dgn lama.. adakah seorg ibu mencium anak dgn lama? ciuman yg lama biasanya adalah ciuman berahi.. hehe
3 - seorg ibu biase nye usap belakang ke usap kepala anak? renung2 kann.. ngehehe..

Acemafia said...

ain - I mane yang kamu pilih? islamization ke Internationalization?

ainguzzle said...

islamization utk pk die ekhlas. positive aja. am i?

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ace:
1 - ada je mak wat camtu. mak ko xwat ke?. aku selalu je kene sbb aku xrela dipeluk. lg mak aku suka wat. sedih.
2 - ciuman berahi?. bluerkk. oh tidak. kau telah merosakkan imaginasi aku. hehe.
3 - usap belakang kot?. aku pakai tudung. xle usap kepala. nnt tudung senget. hehe.

ain: agak positif la. haha

ainguzzle said...

aku salu +ve ngan ko. ngn diri aku aku kene g cas byk sgt elemen +ve. hahha. neutralise pon gagal lagik neh.