22.2.09

Batwoman

Prof haja ajar aku Language Learning and Acquisition. Prof haja ni menarik tapi subject yang dia ajar, tak berapa nak menarik lah di mata aku yang serba kekurangan ni. tapi sebab benda tu wajib, aku terpaksa memenarikkan benda yang tak menarik itu. pasrah je la. dah hampir 3 bulan aku amek subject tu dan hampir 3 bulan jugak lah dia kasi tajuk dan date line untuk written assignment. 10% jerk tapi banyak woo tuh. aku sebagai student yang pasrah, aku wat bodo je la. aku fokus kat exam menggila yang dr. normala kasi. tu lagi takut woo. so, aku melepak. melepak. dan terus melepak. sampai lah tarikh separa keramat, 19 febuari. tarikh keramat nye, 20 febuari sebab tu date line submit assignment. esok submit?. 10 written pages. buku untuk reference haram satu pun takde.

dup dap dup dap (sila baca dengan laju)

berdebar sial. ramai class mate aku dah siap. paling busuk 5 pages. ayayai. padan muka aku. pemalas sangat. masa tengah termenung memikir nasib yang lara ni. aku dapat tau, aing, rakan seperjuang pun tak wat pape lagi. muahahaha. aku bukan keseorangan. petang 19 febuari, aku pegi library (bangga tak?). aku pinjam 11 buku sebab aku tak tau nak buat tajuk mana lagi. tibai je buku mana-mana. pastu usha tajuk yang paling banyak sources dari 11 buku yang aku pinjam. setelah menscaning 11 buku yang tersangatlah tak besh itu. aku pilih tajuk 4; "how can a language be acquired informally".

8pm. aku duduk depan komputer dengan 11 buku berterabur atas meja. bersedia untuk type assignment. masa tu, aku rasa tersangatlah bijak. tak pernah seumur hidup aku duduk di antara 11 buku yang bergelimpangan. mana aku pandang, mesti ada buku. power siot. ok. aku pun pandang monitor. tangan pegang mouse. niat di hati nak buka words. tapi tangan gatai buka games. aku kecundang di tangan teknologi masa tu. aku pun main la game dengan bahagia nye. bila kalah, aku main lagi. bila menang, pun aku main lagi. main punya main. jam dah area 11pm. aku msg ain. dia belum mula lagi. dia mengajar kat sleu. alasan sempurna. aku?. adoih.

ok. kali ni aku dah nekad dan tekad. aku tutup game. buka words. tiba-tiba, perut aku bunyi. lapar la plak. potong stim tul la. mula-mula aku sanggup berlapar. aku rasa cam buang masa je beli mknn. aku duduk termenung pandang monitor. ni tak bley jadi ni. blur la plak. aku turun beli charketeow, roti gardenia, biskut tiger, 2 paket maggi dan livita. aku balik bilik. duduk. makan. apsal lapar gile neh?. ok. dah kenyang. duduk. pandang monitor. aku mula type jam 1.30 am. aku siap 6 jam setengah kemudian. tepat jam 8 pagi. aku memang dah pening lalat dah time tu. semua aku pandang, nampak macam katil.

terima kasih aing. sebab teman aku buat assignment sepanjang malam walau kau duduk nusaibah. aku dekat asma. sms telah menyatukan kita. hmm. ayat macam haram. haha. ok. ok. serious ni, thanx!. kalu bukan sebab kau sms dan kasi semangat. dah lama aku tido. dalam 8 pagi lebih, aku pi mandi. pergi itd. print assignment. masa siap print, aku rasa macam menang loteri je. memang happy gile. rasa cam nak wat victory dance je dalam itd. tapi tak boleh. nanti aku di saman sebab tak islamic. haha. kelas jam 10am. submit assignment. ahh.. memang lega nak mampus. lepas satu beban. masa tu, ramai gile orang kagum dengan aku dan aing. sebab berjaya siapkan assignment dalam tempoh kurang 10 jam sedangkan orang lain yang mula awal, pun siap macam kami jugak. bangga jap. kemudian, aku dapat tau. petang tu aku dan aing kena present untuk kelas IOK. arghh. handout semua tak buat lagi. lantak. lepas kelas LLA, aku dan aing balik tido. janji puas.

3 comments:

diana ghazali said...

hahaha.. now i know, kaitan citer herman dan farid itu..

ainguzzle said...

bukan aku. bukan aku.

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

bukan aku gak.. aku sarah. bukan herman. sapa herman?.