6.2.09

10 perkara tentang kau dan aku

10 fakta menarik mengenai aing

1. cikgu bahasa inggeris bertauliah di SLEU. aku pasti dia bertauliah sebab student dia cakap aing "is like my mother". tak cukup bertauliah lagi ke tu?.
2. bley duduk dalam pelbagai posisi yang memusykilkan aku tanpa berasa lenguh. dalam erti kata lain; fleksibel tahap dewa.
3. bila gelak, mesti vibrate satu badan dan juga badan-badan orang yang duduk berhampiran.
4. akan keras dan ala-ala control cun bile berhampiran Hijau tapi sekarang sudah beralih arah, Coklat pulak. bukan coklat, gula-gula tapi....
5. dulu dia benci sama aku sebab aku tanya soalan dalam kelas masa dia present. emos. tapi sekarang, dah jadi teman rapat. tu la ko aing, orang cakap jangan benci. nanti suka. amek kau. haha.
6. Aing adalah kaunselor part time aku. pantang aku tertekan, cuak, gatal, sedih, marah dan macam-macam lagi la, dia la yang akan sedut aura negatif aku masa tu.
7. kecik-kecik cili padi. berbadan genit. saiz xxs kot?. tapi mulut memang takda insuran. melaser je keja. tapi sekarang dah kurang. dah makin tua kot?. hmm.
8. pandai cakap omputeh. macam air tapi kadang-kadang tanpa sedar, mesti ter'slang' macam Indon cakap omputeh.
9. tak suka kucing. kalu lepak HS cafe. kalu tiba-tiba ada kucing, mesti dia kaget sambil sebut 'kucing.kucing.kucing'. dah ko sebut nama dia, kucing tu datang la. apa la..
10. sedang mencari kerja. jadi, sapa-sapa ada kerja kosong?. contact aku. ayuh tolong aing jadi kaya.

10 fakta bajet menarik mengenai aku, Sarah

1. seorang OCD yang berjaya. bilik kemas melampau macam ada dalam showroom.
2. mempunyai tabiat pelik iaitu mengira jari walaupun aku yakin jari aku cukup. risau je tiba-tiba terlebih dua. camne?
3. pengumpul baju hitam yang cemerlang. buka je almari, 99% warna hitam.
4. duduk chukai hampir 24 tahun tapi haram tak bley cakap terengganu. tsk.
5. cintakan jejaka tinggi dan tegap tapi orang aku minat, takda ciri-ciri tu. hmm.
6. juga cintakan raksasa, monokorobu dan benda-benda pelik.
7. seorang melodramatik dalam kebanyak situasi dan gemar bercakap dengan dinding, wallpaper, buku, tv dan lain-lain.
8. setiap kali type sms, mesti aku type dengan penuh perasaan dan mimik muka.
9. bak kata aing, banyak vocab untuk mencarut. memang betul tapi sekarang dah kurang. azam baru weyh.
10. sudah menguasai 45% tarian bellydance. oyeh2.

dengan ini, aku dengan rasminya mentagged;

cik fakiera razaki plak. sila tulis 10 perkara tentang aku dan kau. weeeee~

4 comments:

ainguzzle said...

aku + indonesia? huhu. enggak buk

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ye la. ye la. bukan indon. myanmar. ;p

ainguzzle said...

haahaa. tuka negara tuh

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ke ko nak nigeria?. haha