22.2.09

Ego ku terguris

jumpa aing kat lab selepas terlajak tido. siapkan handout. masuk kelas iok. aku dan aing orang ke 4 dan 5 yang present. aing pegi depan. present dengan cemerlang. walau agak cuak mula-mula. tapi dia present ok. dr. khai tak tanya soklan langsung. kira hebat la tu kan?. ok. aing habis. turn aku pulak. aku sengih. tarik nafas dalam-dalam. dan mula bercerita kat depan.

tiba-tiba aku dengar bunyi. bunyi pelik. bila aku teliti. tu bunyi orang gelak. aku sengih. makin lama, makin kuat. aku tak paham. kenapa orang mesti gelak bile aku present ni?. aku tak buat lawak pun. cuma aku bercerita dengan penuh semangat dan ekspresi. tu je. salah ka?. aku sengih dan teruskan bercerita. yang pasti, sepanjang aku present, orang gelak. yang lagi aku tak le trime, classmate aku bernama tehah tengah semangat rekod aku present. peghh.. gilo!. tak pernah aku present orang rekod. macam popular kejap. tapi aku risau masuk utube la plak. malu beb. tsk.

aku pasrah dan terus bercerita sampai la habis. aku masuk duduk. aku tanya "korang paham tak apa aku present tadi?". semua jawap "paham". aku lega cket. kira dieorang dengar la apa yang aku cakap kat depan tadi. pastu una cakap, "kiut la kamu tadi sarah". mekasey una tapi tu pujian ke apa?. lantak. aku terima dengan hati terbuka je. yeay!. kena puji. aku tanya ain pulak sebab aku masih tak paham nape orang gelak masa aku present. aing cakap aku present terlalu casual dan animated, penuh gaya. tu yang lawak tu. ok. budak-budak suka aku present. dr. khai?. aku takut dia potong markah aku. ye la. aku ni kan kurang islamic. aku penyebab excessive laughter dalam kelas. hmm. aku harap dia kasi markah ok. minggu depan, aku kena present untuk kelas LLA. aku risau, sejarah lama mungkin berulang. bila aku pikir-pikir balik, aku rasa aku silap amek bidang. aku patut jadi pelawak bertauliah. bukan bakal linguist.

ko rasa ain?.

4 comments:

ainguzzle said...

tapi memang lawak sial seyh. aku vibrate kat depan

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

manade lawak. sian aku weh. jadi bahan. ngeh3. ko mmg suka vibrate. unik. sbb tu balqis sayang. lalala~

ainguzzle said...

balqis?siapa balqis

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ala.. awek kawan ko tuh.. farid. bukan ko rapat dgn balqis ka?