22.2.09

Berjiwa maskulin

orang yang aku suka telefon masa aku tengah makan. cuti kata dia. aku cakap aku baru abes kelas. kalu free, jom pi pasar malam. pastu aku dapat tau, pasar malam dah lepas. hm. takda pasar malam, wayang kan ada. upgrade sikit. kemudian dia pujuk aku balik ampang. boleh kuar minum. aku tak janji apa-apa. aku cuma kata, kalu aku balik. aku cakap. tu je. aku story kat aing. aing terus suruh aku balik. dia cakap "bila lagi?. ni lah peluang kau". aku masa tu ragu-ragu. aku ego melampau. takkan aku nak balik semata-mata untuk laki ni?. baik aku tido dalam bilik. lagi bes. aku tanya pendapat nana plak. dia pun paksa aku balik. alasan sama dengan aing. aku pikir.

sampai bilik. aku kemas. naik bus. balik ampang. aku sms dia cakap aku balik ampang. ada hal tapi boleh la kalu nak jumpa. ayat cover. poyo. masa dulu kami keluar, dia buat aku tunggu kat klcc. kali ni, aku balas balik. aku sampai ampang dalam 9.30pm tapi aku pi makan-makan dulu. lepak. 10.50pm baru aku pergi amek dia. aku tak tau berapa lama dia tunggu. sian gak. sebagai balasan, aku sesat. tak jumpa rumah dia. dia call cakap dia tunggu tepi jalan. senang cket. aku pusing. aku nampak dia tepi jalan. aku amek.

dia lapar. kami pun pi mkn nasi lemak kat ampang point. borak sakan. berbanding dulu, aku sekarang dah selesa dengan dia. jadi, aku cakap lagi banyak. masalah gak tu. dah habis makan. aku bawak dia ronda satu kl. tengok lampu dan bapok. dari ampang ke BB ke wangsamaju ke batu caves ke dataran merdeka dan merata lagi la. mula-mula niat nak pergi genting tapi terlepas jalan. nasib baik. takda makna aku nak pi genting. macam-macam la kami borak. aku suka. dia sangat open minded. pusing punya pusing, dah 2 pagi. tak sedar.

tak elok bawak anak teruna orang keluar malam-malam. so, aku hantar dia balik. aku make sure dia sampai blok condo dengan selamat. baru aku balik. malam tu, aku happy. tak tau kenapa. tapi yup, aku happy sangat. tapi kan, bila aku pikir-pikir balik. macam aku yang laki-laki. dia perempuan sebab aku yang amek dia. aku drive. aku belanja makan. aku make sure dia sampai rumah dengan selamat. hmm. nak buat camne?.

aku memang berjiwa maskulin.

2 comments:

ainguzzle said...

hentikan. kau perlu feminin. tp comel juga jika terbalik. kah3.

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

hentikan?. tak mampu la. aku terlalu maskulin. maybe sbb tu mak aku suh aku makan evening primrose kot?. jeng3.