13.2.09

Ya rakan-rakan, aku straight

baru semalam aku cakap jangan sambut valentine. tapi bila pikir-pikir balik. seronok gak sambut menyambut ni. sebagai warganegara malaysia, aku telah terbiasa dengan aktiviti menyambut semua perayaan dan sebagainya. oleh itu, aku ubah pikiran. ayuh sambut valentine. walaupun aku single (and lovin it), aku telah berjaya mendapat 3 date untuk esok iaitu;

1- aing
2- nana
3- syafa

aku ada 3 date bukan kerna aku kasanova. cuma back up. kalu aing lari dengan L, aku ada nana. kalu nana lari dengan asrul, syafa ada. dan syafa takkan lari dengan sapa-sapa, sebab dia dekat perlis. sesal dulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna. aku tau BM aku agak hebat. terima kasih cikgu Zubir.

aku dah semangat siapkan kad valentine untuk nana dan ain. aku harap kad aku terbalas la. kalu tak, sian aku. ibarat bertepuk sebelah tangan. oh ya, aku bukan bengkang bengkok. aku lurus. scientifically proven. tapi saja gatai nak sambut valentine tahun ni.

hmm. aku rasa semua ni gara-gara vitamin evening primerose yang mak aku sponsor. setelah aku tibai hampir 20 biji sebab nak cover hari-hari lepas yang aku tak amek. aku terus makin emo. aku makin feminin (bluerkk). makin ayu (puihh). dan semakin makin. ayayai. tsk.

esok, aku tak peduli. aku nak pi ikea. aku nak makan karipap dan aiskrim dan hotdog ikea. yum~

esok valentine, happy valentine semua!. love is in the air jadi marilah kita hirup udara cinta banyak-banyak esok.

No comments: