27.2.09

Tragedi cintakan aku

matric : 1 tahun
degree : 3 tahun
master : 3 bulan

jumaat, 27 februari 2009.

ain : "ok ko present. confident. mmg tajuk ni susah. Haja pun cakap camtu"
nabila : "dont worry. that's the cutest presentation ever"
mashi : "jangan risau la. aku dulu lagi teruk"
wanie : "okey la sarah. aku paham. nasib baik ko lukis. memang tajuk ni susah"

aku duduk belakang tiang. nangis sambil meluah perasaan pada ibu tercinta. aku dah tak tahan. aku tetap kecewa dengan diri sendiri. aku gagal capai standard yang tlah aku letak pada diri sendiri. aku tak peduli apa orang nak cakap. aku nangis buruk ke. poyo ke. gile glemer ke. yang penting, semua yang terpendam, akan dimuntahkan agar aku mampu berdiri kembali di alam realiti.

mashi : "aku tak pernah tengok ko nangis sarah"

sekarang ko dah tengok. aku tak sangka aku rapuh macam ni. selama ni, aku rasa aku tabah. mashi belanja milo ais untuk tenangkan aku. thanx dear. waktu rehat, 3 orang nampak mata aku bengkak. terkejut. aku senyum kelat. aku cakap 'eye infection' sambil gelak. tapi hati aku masih menangis. tahniah Dr. Haja. kau dan subject kau berjaya mengalirkan air mata aku.

aku nak makan steambot.

2 comments:

ainguzzle said...

yg penting. ko masih lagi kelakar

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

huh?. mekaseh. hehe